Rabu, 4 Januari 2012

Alam Maya VS Realiti

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Alam maya kini semakin menguasi setiap pemikiran individu diseluruh pelusuk dunia, dimana sahaja dan bila-bila sahaja, ekoran kemajuan teknologi yang semakin pantas berkembang. Dengan adanya perisian yang berteknologi tinggi pada masa kini, menyebabkan "Dunia Tanpa Sempadan" menjadi realiti kepada semua yang mengikuti dan menguasai arus kemajuan teknologi masa kini. Dengan adanya kecanggihan ini, maka semakin hilanglah nilai murni yang telah aiamalkan oleh warisan turun temurun nenek moyang kita dari dahulu kala. Tiada lagi perjumpaan muka ke muka, lantaran adanya muka buku. Perjumpaan boleh dilakukan dialam maya dengan mudah dan cepat. Hanya perlu berbicara tanpa suara, maksud sudah jelas.

Dunia tanpa sempadan, yang puluhan tahun dahulu kedengaran agak janggal kini menjadi realiti. Kini ianya benar-benar berlaku dan boleh dirasai oleh setiap insan yang peka akan perkembangan kemajuan masa kini. Yang jauh boleh dikeat-dekatkan, yang sudah sekian lama boleh berjumpa kembali. Meraptkan kembali hubungan yang telah sekian lama terputus tanpa kabar dan berita, antara kelebihan utama yang menjadi pemangkin kepada perkembangan kemajuan alam maya. Tambahan pula, permintaan kepada keperluan alam maya semakin meningkat, kerana semua pihak, sama ada golongan tua atau muda, kaya atau miskin, kerajaan atau pihak swasta, semuanya inginkan kepantasan. Siapa yang ketinggalan, akan terlambat.

Dalam setiap kebaikan ada keburukan. Alam maya, telampau dipercayai oleh setiap penggemarnya. Sehinggakan ada antara kita yang lebih mempercayai alam maya daripada kehidupan sebenar yang wujud. Bekemungkinan penipuan dalam amaya adalah sangat besar. Walaupun begitu, hampir keseluruhan pengguna perkhidmatan alam maya kini.

Tiada ulasan: