Isnin, 13 Februari 2012

Rama-Rama Yang Tewas

Seorang budak lelaki berusia lapan tahun sedang asyik melihat kepompong tergantung pada ranting pokok bunga. Ada lubang kecil pada kepompong itu yang mengeluarkan kaki-kaki kecil halus seekor rama-rama. Rama-rama itu berhempas pulas mahu keluar dari kepompong itu dan ternyata ia amat sukar. Rama-rama itu terus cuba meloloskan diri dan akhirnya ia berhenti kerana tidak berdaya lagi.

Budak lelaki tadi yang asyik memerhatikannya berasa kesian dan ingin membantu rama-rama itu. Dia mengambil gunting dan kemudian membesarkan lubang kempompong itu. Beberapa saat kemudian, keluar seekor rama-rama tercantik tetapi sayapnya masih terkatup. Rama-rama itu kelihatan lemah sekali. Ia hanya mampu merayap perlahan-lahan dari gunting. Akhirnya jatuh ke tanah dan tidak bergerak lagi.

Harapan budak lelaki itu bagi melihat rama-rama yang cantik itu terbang pada kali pertama dan berada pada kuntuman-kuntuman bunga yang indah berkecai. Dia menceritakan kepada ibunya dan ibunya memberitahu tentang proses rama-rama keluar dari kepompong itu sememnagnya lama dan ia adalah proses yang semula jadi. Sepanjang masa itu, badan dan sayap rama-rama akan belajar bagi menyesesuaikan diri dengan persekitaran yang baru yang akan ditempuhinya seperti suhu dan udara.

Budak lelaki itu mula faham. Ibunya menerangkan lagi iaitu masalah dan tekanan yang berlaku dalam hidup adalah salah satu cara yang membolehkan kita melangkah labih jauh lagi dengan mengenal erti kesusahan. Ia akan mematangkan kita tanpa kita menyedarinya. Budak lelaki itu tersenyum dan mula mengerti.

Tiada ulasan: