Khamis, 13 Mac 2014

Ryan Griffiths Senjata Baru Sarawak FA

Adelaide United, kelab berpangkalan di Australia, mengesahkan penyerah Ryan Griffiths sudah mengikat kontrak bersama Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dan akan beraksi bagi baki kempen Liga-M musim ini. Pemain berusia 32 tahun itu dilaporkan meninggalkan kelab di Australia itu selepas hanya dua bulan menyertainya, namun tidak dinayakan tempoh kontraknya bersama skuad bujang senang.

Ryan Griffiths pernah menyertai sesi pemilihan bersama Sarawak sebelum saingan Liga-M musim ini tetapi kembali ke Australia untuk menyertai Adelaide United selepas menamatkan kontraknya bersama kelab Beijing Baxy dalam Liga Satu China. Sebelum berhijrah ke China, Ryan Griffiths pernah bermain bersama Newcastle Jets pada 2011 dan 2013. Beliau juga pernah beraksi bersama beberpa kelab termasuk National Bucharest, Rapid Bucharest, Lioning Whowin dan Beijing Guoan selain beraksi dalam lima perlawanan antarabangsa bersama skuad kebangsaan Australia.

Sementara itu, kontrak Alireza bersama Sarawak FA akan berakhir akhir bulan ini berikutan persembahan hambar. Alireza yang mengikat kontrak bersama Sarawak FA Disember 2013 sempat beraksi 11 perlawanan dan hanya menjaringkan 1 goal ketika menentang Pulau Pinang pada saingan Piala FA Januari lalu.

Selain Alireza, Robert Albert mungkin akan menggugurkan Salibasic dan Milorad Janjus sekiranya kecederaan mereka berlarutan.



Sumber : Harian Metro & Wikipedia



Tiada ulasan: