Rabu, 29 Mei 2013

Piala FA : Tegergganu VS Kelantan 28.05.2013


PEMAIN Terengganu, Mohd Ashari, diasak Mohd Daudsu pada pertemuan separuh akhir kedua Piala FA, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. Terengganu menang 4-2. Tapi, Kelantan layak ke akhir selepas menang dengan agregat 6-5

Kelantan berpeluang mempertahankan kejuaraan Piala FA musim ini apabila menundukkan Terengganu dengan agregat 6-5 pada separuh akhir kedua walaupun tewas 2-4 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, petang semalam.

Bagaimanapun, pelawat terpaksa mengerah kudrat hingga masa tambahan untuk melangkah ke final buat kali ketiga berturut-turut hasil jaringan penyerang import, Dickson Nwakaeme yang mudah menolak masuk menewaskan penjaga gol Mohd Shamirza Yusof pada minit ke-117 masa tambahan.

Terengganu perlu menyalahkan diri sendiri apabila gagal mengambil kesempatan daripada kelebihan mendahului 4-0 sebelum Obinna Nwaneri menjaringkan gol sulung Kelantan pada minit ke-94 yang menjadikan kedudukan agregat terikat 5-5.

Sebelum itu, Terengganu membuka jaringan pada minit keempat apabila pemain pertahanan Vincent Bikana menyempurnakan sepakan percuma dari jarak 25 meter untuk menewaskan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Pemain sayap G Puaneswaran menanduk masuk gol kedua tuan rumah pada minit ke-26 sebelum Effa Owona menghasilkan gol ketiga pada minit ke-70 manakala Abdul Manaf Mamat mengukuhkan kedudukan Terengganu dengan jaringan minit ke-92.

Namun, kesilapan Owona yang memberikan sepakan percuma selepas melakukan kekasaran ke atas pemain Kelantan, Mohd Badhri Mohd Radzi dan menyaksikan dia dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua kerana membantah keputusan pengadil, memberi peluang kepada skuad The Red Warriors mengheret perlawanan ke masa tambahan apabila gerakan itu disudahkan Nwaneri ketika perlawanan berbaki seminit.

Derita Terengganu bertambah apabila penyerangnya Manaf dibuang padang kerana menyepak pemain pertahanan lawan, Mohd Farisham Ismail di awal babak pertama masa tambahan.

“Pemain kami beraksi agak perlahan terutama pada babak pertama dengan membiarkan tuan rumah menguasai permainan hingga membolehkan Terengganu memperoleh dua jaringan awal.

“Bagaimanapun, bersambung babak kedua pertukaran strategi menampakkan perubahan untuk menyaingi kebangkitan luar biasa tuan rumah dan kami berjaya menewaskan lawan biarpun terpaksa menunggu hingga masa tambahan,” kata jurulatih Kelantan Bojan Hodak. Sementara itu, jurulatih Terengganu E Elavarasan gagal menyembunyikan kekecewaan apabila pasukan bimbingannya melepaskan peluang keemasan untuk mengulangi kejayaan muncul juara piala itu dua tahun lalu.

“Saya kecewa bukan kerana pemain tidak beraksi dengan baik. Pemain sudah menunjukkan corak permainan konsisten dan bagus tapi ketiadaan Owona dan Manaf yang dilayangkan kad merah menyebabkan kita gagal menyaingi lawan pada masa tambahan.

“Saya percaya jika kedua-dua pemain itu masih berada dalam pasukan, Terengganu mampu melakar kejayaan mara ke final musim ini,” katanya.

Sementara itu, suasana di stadium kecoh apabila penyokong yang tidak puas hati dengan mutu pengadilan bertindak mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengadil, Suhaizi Shukri yang didakwa berat sebelah.

....

Pengadil yang sama ketika Sarawak tumpas 2 - 0 keatas Kelantan dalam Piala FA pada 16.04.2013 lalu, dimana 3 jaringan dari Sarawak tidak dikira dan dikatakan offside dan penyokong membaling botol ke arash padang lantas menyebabkan permainan terhenti hampir 30 minit, adakah pihak FAM sudah ketandusan pengadil sehinga menetapkan pengadil yang sama semasa Kelantan menentang pihak lawan? Atau sememangnya percaturan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab yang ingin menemukan Kelantan Vs JDT di Final?? Atau ini semua provokasi?? 

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Stdium penuh sesak??? Menandakan bola sepak malaysia memerlukan evolusi untuk membangunkan industri bola sepak tanah air dengan lebih serius, jika diurus dengan cara yang profesional dari padang-stadium-pemain-persatuan, semuanya harus bersikap profesional, tidak mustahil bola sepak malaysia mampu seiring dengan prestasi bola sepak antarabangsa...

Tanpa Nama berkata...

jgn nk salahkn pngadil berat sbeloh boh.. blajar trima kyataan. klu sluruh ore mcm demo prngai huduh gni hncur la dunia

Tanpa Nama berkata...

itu pandangan dia... hak dia nak bersuara.. apa2 pun dah tak blh uabh... kena perbaiki prestasi pasukan dan pemainan utk next match.. peace no war.. :P