Isnin, 17 Oktober 2011

Kesabaran Menerima Kritikan


وَالْعَصْرِ (1) إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2) إِلَّا الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (3

Demi masa.Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman, beramal soleh, saling menasihati dengan kesabarran. 

Harus diakui, tiada seorang pun yang suka dirinya dikritik. Apatah lagi dengan kritikan-kritikan pedas yang menyakitkan hati. Terutamanya sekiranya kritikan itu bukan bagi membina tetapi berniat bagi menjatuhkan kita. Sebagai manusia yang mempunyai hati dan perasaan, kritikan ini adakalanya mampu menjatuhkan semangat kita.  Mungkin juga boleh menghilangkan pertimbangan rasional kita.

Islam telah menekankan kepada sifat sabar. Penekanan ini dapat dilihat melalui firman Allah SWT yang berbunyi, "Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu dan tetapkanlah bersiap-siap dan bertaqwalah kepada Allah SWT  supaya kamu beruntung."

Kesabaran dalam menghadapi kritikan, fitnah atau perbuatan seumpamanya pula dapat dilihat dari firman Allah SWT yang berbunyi, 

"Maka janganlah kamu bersedih hati atas perkataan mereka" (Yassin : 76).  

Sabar dengan memahami sedalam-dalamnya hikmah dan intipati yang telah disyariatkan dalam Islam.

Segala perbuatan seperti fitnah dan kritikan adalah satu ujian Allah SWT kepada manusia. Allah SWT berfirman, 

"Dan kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan, dan kepada kamilah kamu semua kembali" al-Anbia : ayat 35. 

Apabila mengetahui ayat ini, kita dapat berfikiran positif dan kritikan hanya satu perkara kecil dalam perjalanan hidup sebagai hamba Allah SWT.

Berfikiran positif pada kritikan juga boleh dilakukan dengan mengikuti saranan Allah SWT yang berbunyi

"Yaitu orang-orang yang apabila ditimpa malapetaka diucapkannya "Inna li'l Laahi wa inna ilaihi raajiuun Kami adalah kepunyaan Allah, dan kami akan kembali kepada-Nya." Ucapan ini dinamakan Istirjaa, yakni pernyataan kembali kepada Allah. Disunatkan membacakannya manakala kita ditimpa malapetaka berat atau ringan..Merekalah orang-orang yang mendapat berkat dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka pulalah orang-orang yang mendapat petunjuk." al-Baqarah : ayat 156 - 157 

Seterusnya kita perlu bersabar dengan apa yang berlaku dan memahami hakikat kesabaran dalam Islam. Melalui ini hati akan menjadi lebih tenang dan minda tidak akan dikusutkan dengan kritikan atau musibah yang ada.

Ini dijelaskan dalam al-Qurran. Firman Allah SWT :

"Dan sekiranya kamu bersabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepada kamu, sesungguhnya Allah SWT mengetahui  segalaapa yang mereka lakukan" ali-Imran : ayat 130

Kesimpulannya, mempunyai sifat sabar dan memahami erti sebenar kesabaran seperti yang disyariatkan dalam Islam membolehkan kita menghadapi segala kritikan, fitnah, tomahan dan sebagainya dengan lebih aman, rasional dab bertindak dalam menangani segala musibah yang timbul. 


Tiada ulasan: