Isnin, 17 Oktober 2011

Buktikan Pada Diri Sendiri

Salam1 Malaysia.

Dr. Azahar Haji Sarip, perunding emosi dari Soul Axis Mangement menceritakan tentang satu e-mail yang diterimanya. Pengirim e-mail itu menceritakan tentang kesediahan dirinya yang sering ditikam dari belakang oleh saudara-maranya sendiri. Keluarganya pula memandang rendah kepadanya dan sering membuat perbandingan antara dirinya dengan  orang lain.

Insan itu ingin membuktikan kepada mereka bahawa dia tidaklah seperti yang mereka sangkakan. Insan itu bertanya kepada Dr. Azhar bagaimanakah caranya bagi mencapai kekuatan diri supaya dapat bangun kembali dan membuktikan kepada kaum keluarganya bahawa dia adalah seorang yang berguna dan diperlukan oleh orang lain.


Diringkaskan cerita, Dr. Azhar memberi saranan supaya insan itu hanya perlu membuktikan kepada dirinya. Kepuasan dan kejayaan hidup adalah urusan diri sendiri. Kepuasan dan kejayaan hidup adalah urusan diri sendiri. Beliau menjelaskan, sekiranya matlamat dia ingin membuktikan kepada orang lain, maka perjuangan itu tiada pengisian. Musuh paling utama adalah diri sendiri. Kepuasan paling maksimum ialah duduk di puncak diri dan menakluki diri sendiri menjadi pengikut setia.

Menurut Airil Hiri Adnan, Saintis Sosialdan Pakar Perunding, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak, "Keindividuan adalah perkara yang positif dan ia bukan  bererti kita hanya mementingkan diri, menjadi sombong  dan tamak atau terbabit dakam rasuah.

Keindividuan adalah kualiti positif dan ia memperkasakan diri seorang serta membantunya berdiri dengan berani sambil mempertahankan pendapat dan meneruskan usahanya yang mungkin dipandang kecil dan remeh oleh orang sekelilingnya. Keindividuan  membantu mewujudkan manusia kritis serta sentiasa mahu mencuba perkara yang baru kerana sifat ingin tahu dan muhu membawa perubahan serta mencari kesempurnaan."


"Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu, tapikupasti kalah denganseorang yang jahil kerana orang jahil  tak pernah fahamlandasan Ilmu"

Penjelasan itu sudah cukupbagi memberi tahu kita makna positif mengenai sifat keindividuan. Selama ini kita sering menganggap keindividuan adalah perkara yang negatif dan salah semata-mata. Padahal keindividuan itu adalah salah satu sifat yang perlu dibentuk dan dipraktikkan dalam cara yang positif.

Asasnya, berusaha bagi sempurnakan apa yang kita inginkan dan ambil langkah bagi menjadikannya kenyataan. Belajarr bagi bersaing  dengan diri kita sendiri dan lihat bagaimana kita mampu menyempurnakan impian itu. Ia adalah satu perasaan yang menakjubkan apabila mengetahui kita berkeupayaan menyempurnakan impian kita. Jangan lihat disatu sisi.

Meraih kejayaan melalui membuktikan pada diri sendiriadalah satu perkara yang berkait  rapat dengan keyakinan diri kita sendiri. "Kita adalah apa yang kita fikirkan"

Tiada ulasan: