Selasa, 11 Oktober 2011

Inginkan Tuhan adalah Naluri terindah



Sebahagian pengkaji barat menamakan pencarian Tuhan sebagai aktiviti otak yang tercipta secara semula jadi. Menreka mengandaikan bahawa ia adalah got spot dalam siratan neuron manusia maka dengannya manusia tidak puas-puas mencari kebenaran. Dalam bahasa kita, ia disebut fitnah. Mari kita melihat kewajarannya.

Kisah 1
Firaun adalah antara manusia yang paling keliru di planet bumi kerana pernah mendakwa bahawa dia Tuhan! Merasakan dirinya memiliki kekuasaan, dia sudah layak ditabal sebagai Tuhan Maha Tinggi. Firaun kemudian melaksanakan keyakinannya itu dalam hidup sehariannya. Hasilnya bukan kebaikan tetapi kezaliman yang tidak terperi.

Kita tentu tertanya-tanya tentang fitrahnya atau dimana fungsi god spotnya? Untuk memahami sesuatu drama itu kita perlu menyaksikan sehingga cerita tamat. Ini yang berlaku dalam mencari kaitan firaun dan fitrahnya.
Ketika dia berada di dasar Laut Merah, kakinya memijiak karang sedangkan permukaan laut pula begitu jauh dari kepalanya, dia sedang berada di dasar laut! Dalam lonjakan dan begitu bergelut untuk bernafas mendapatkan udara, Firauan baru sedar siapa dirinya. Saat itulah dia berkata, “Aku beriman dengan Tuhan Musa dan Harun…”

Akhirnya Firauan menemui ajal dengan mati lemas. Dia tumpas dengan air yang tak sempat dikuasainya! Malang bagi Firaun kerana hanya menyedari perkara paling penting hanya pada saat-saat terakhirnya dalam hidupnya. Baru hari itu dia melayan apa yang dibisikan oleh fitrahnya.

Kisah 2
Kisah ini tentang lelaki komunis Melayu pertama. Dia dengan penuh angkuh mengisytiharkan agar dikumpulkan semua mashaf yang berada di dalam rumah orang isalam dan diberikan kepadanya. Dia mahu jadikan helaian al-Quran sebagai kertas pencuci najis! Alangkah angkuh biicara ini. Faham komunis yang menganggap agama islah candu menguasai pemikirannya lalu membentuk keangkuhan melampau.

Sekali lagi kita perlu menunggu sehingga penamat untuk memahami sesuatu drama.

Ketika lelaki ini sedang nazak di pembaringannya, rakan-rakan yang menziarahinya terkejut bersar kerana apabila mereka mengangkat tubuh lemah ini, mereka menemui ada senaskah al-Quran di bawah bantal, betul-betul di bawah kepalanya. Ketika ditanya kepada isterinya, dia hanya menjawab kerana itu permintaan suaminya.

Hairan, bukan? Tetapi itulah kuasa fitrah yang manusia sering cuba ingkar.

Dua kisah manusia ekstrem yang menolak Tuahn di atas cukup bagi kita mendap-at gambaran tentang kedudukan Tuhan dalam diri manusia. Mahu menerimanya atau tidak, ia adalah fitrah yang ada pada manusia sejak manusia itu belum dilahirkan lagi. Oleh itu, masakan manusia boleh mengingkarinya.

Oleh itu daripada kita menentang fitrah tetapi akhirnya terpaksa mengalah adalah lebih baik kita suburkan fitrah kerana daripadanya kita akan memperoleh kekuatan selaku seorang insane. Rasulullah setiap kali bangun daripada tidurnya akan membaca ayat Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, perselisihan antara malam dan siang, ada tanda bagi mereka yang mempunyai mata hati… “

Dengan membandingkan alam sekeliling kemudian merangsang minda secara fitrah, ia akan membawa kita kepada menyaksiakan kebesaran dan keagunagn Tuhan. Masakan tidak, apabila kita melihat bumi yang berputar melawan pusingan jam tanpa hendti dengan kelajuan 3340 km/jam tidakkah kita berfikir siapakah penguasanya? Pada masa yang samabumi di atas orbit yang kukuh berputar melawan pusingan jam dengan kelajuan 108, 000 km/jam. Sekali lagi tidakkah kita terfikir tentang kuasa yang mengurus selia semua ini?

Seorang pelumba Formula One yang memecut kereta lumbanya pada kelajuan 320 km/jam dan Berjaya menaiki podium sebagai juara, kita member tepukan berdiri penuh rasa kagum dan hormat.

Alangkah tidak adilnya kita… Dengan sedikit kehebatan manusia, kita rasa kagum tetapi dengan kemuncak kehebatan Tuhan, kita membutakan mata.!

Marilah kita buat sesuatu yang sejajar dengan fitrah. Bukan memeranginya, kita hakikatnya memerangi dalaman diri kita sendiri.

Kita berada di antara dua tempat gelap : Pertama rahim ibu, kedua kubur. Sinarilah hidup ini dengan kebaikan nescaya kegelapan kedua dilimpahi cahaya.

1 ulasan:

Hidayatullah berkata...

orang dalam syurga pon akan menyesal dgn sesaat yg berlalu tanpa ingat Allah..