Kufikir madu rasanya pahit,
Kufikir hempedu rasanya manis,
Jalan kejayaan rasanya pahit,
Jalan kegagalan rasanya manis
"Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih" merupakan peribahasa yang cukup lengkap bagi mengambarkan langkah pahit manis dalam menuju kejayaan. Semua orang boleh berjaya, soalnya mahu atau tidak.
Disebalik kejayaan seseorang itu, sudah pasti ada keperitan dan kepahitan yang ditempuhi ketika menempuhi halangan dan cobaan.. jika kita mengalah ketika ujian yang pertama dan kedua, mana mungkin adanya erti kejayaan. Dengan kata "Hendak berjaya, maka tiada alasan untuk mengapainya". Seringkali kedengaran....
Lautan yang luas akan ku renangi,
Gunung yang tinggi akan kudaki,
Badai yang ganas akan ku tempuhi,
Lautan api akan ku redahi,
[tambahan dari aku..hahaha]
Begitu sekali tingginya semangat membara orang yang inginkan kejayaan sehingga lautan, gunung-ganang malah lautan api sanggup ditempuhi...namun setakat mana kata-kata mampu terlaksana ketika datangnya ujian dari Ilahi?
Siapa tahu disebalik kejayaan Steve Job dalam memperkenalkan iPhone kepada dunia? Begitu perit dan derita disebalik kejayaannya. Peringkat permulaan kejayaan yang begitu getir, namun berbekalkan semangat yang membara beliau berjaya akhirnya. Setelah beliau tiada lagi hidupnya didunia ini, barulah dunia tersedar bahawa beliau berjaya memasarkan iPhone keseluruh dunia. Ada pahit getir disebalik kejayaannya.
Siapa tahu disebalik kejayaan tokoh-tokoh ternama di dunia? Seperti peneroka kepada sebuah restaurant yang terkemuka di seantero dunia, Kentucky Freid Chiken, KFC iaitu Kolenal Sanders, mencapai kejayaan dengan KFC semasa lanjut usia. Menjalani keperitan dan kegagalan yang tidak putus-putus, dengan berbekalkan semangat membara ingin berjaya, halangan yang datang ditempuhi.
Banyak lagi kisah-kisah disebalik kejayaan orang ternama yang perlu kita hayati.
Renung-renungkan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan