Mungkin ramai ingin tahu, berapakah jam sehari seorang ahli perniagaan yang bergelar jutawan bekerja dalam sehari. Berbanding orang yang bekerja makan gaji akan bekerja selama 8 jam sehari ataupun waktu kerja 9 pagi hingga 5 petang. Sewaktu saya berkhidmat di perkhidmatan awam dulu saya bekerja dari pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang. (Pada ketika itu saya ambil waktu kerja WP 1 iaitu waktu kerja dari 7.30 pagi hingga 4.30 petang, mudah untuk balik awal). Jadi adakah sama masa bekerja anda dengan para jutawan?
Kajian yang dibuat melalui buku The Millionaires Next Door mendedahkan bahawa waktu mereka focus pada kerja-kerja penting dan produktif adalah sekitar 60 hingga 70 jam seminggu. Kebanyakan mereka yang telah mencapai jutawan menumpukan masa bekerja secara produktif yang lebih lama iaitu melebihi 80 jam seminggu. Secara puratanya mereka bekerja selama 12 jam satu hari. (waahh.. 4 jam lebih lama dari orang makan gaji biasa) mungkin inilah faktornya mereka boleh mencapai kebebasan kewangan. Jadi amat sukar untuk mencapai kebebasan kewangan jika kita hanya menumpu hanya 8 jam kerja sehari.
Saya pernah baca buku Rahsia Bisnes Orang Jepun karya Ahn Wang Seng yang mendedahkan bahawa budaya kerja orang Jepun sangat yang sangat workaholic. Mereka bekerja 12-14 jam sehari. Orang-orang Jepun keluar bekerja seawal pagi sebelum matahari terbit dan akan hanya balik pada lewat malam. Adalah perkara memalukan si isteri jika suami mereka pulang awal ke rumah (berbeza dengan budaya kita, jika pulang lewat akan dianggap berfoya-foya).
Apa kata saya cuba rangkakan jika kita bekerja selama 80 jam seminggu dan katakanlah hari Ahad ialah cuti rehat. 80 jam/6 hari = bersamaan 13.333 jam sehari. Jadi kita bundarkan masa kepada 13 jam 30 minit sehari untuk waktu kerja.

Masa | Perkara | Jam |
5.00 pagi – 6.00 pagi | Bangun/ Mandi | |
6.00 pagi – 7.00 pagi | Solat subuh / Sarapan Pagi | |
7.00 pagi – 8.00 pagi | Waktu Produktif Kerja | 1 jam |
8.00 pagi – 9.00 pagi | Waktu Produktif Kerja | 1 jam |
9.00 pagi - 10.00 pagi | Waktu Produktif Kerja | 1 jam |
10.00 pagi – 11.00 pagi | Waktu Produktif Kerja | 1 jam |
11.00 pagi – 12.00 tgh | Waktu Produktif Kerja | 1 jam |
12.00 tgh – 1.00 tgh | Waktu Produktif Kerja | 1 jam |
1.00 tgh – 2.00 ptg | Rehat/ Solat Zohor /makan | |
2.00 ptg – 3.00 ptg | Waktu Produktif Kerja | 1 jam |
3.00 ptg – 4.00 ptg | WaktuProduktif Kerja | 1 jam |
4.00 ptg – 5.00 ptg | Waktu Produktif Kerja / Solat Asar | 30 minit |
5.00 ptg – 6.00 ptg | Waktu Produktif Kerja | 1 jam |
6.00 ptg – 7.00 ptg | Waktu Produktif Kerja | 1 jam |
7.00 ptg – 8.00 mlm | Rehat / Solat Maghrib/ Makan malam | |
8.00 mlm – 9.00 mlm | Waktu Produktif Kerja / Solat Isyak | 1 jam |
9.00 mlm – 10.00 mlm | Waktu Produktif Kerja | 1 jam |
10.00 mlm – 11.00 mlm | Waktu Produktif Kerja | 1 jam |
11.00 mlm – 12.00 mlm | Rehat / Tidur | |
Jumlah Waktu Kerja | 13 jam 30 mini |
Jadi inilah anggaran jadual waktu kerja produktif bagi seorang yang berstatus jutawan atau bakal jutawan khususnya Muslim setelah ditolak waktu makan dan solat jika kita bekerja selama 13 jam 30 minit sehari.
Oppss lupa nak bagitahu. Waktu kerja produktif ini tak semestinya hanya kerja semata-mata, tetapi meliputi juga masa kita untuk menambah ilmu pengetahuan dalam ilmu perniagaan seperti mebaca buku, menghadiri kelas/seminar/worksyop, waktu untuk berjumpa prospek/pelanggan dan sebagainya. Waktu kerja produktif di atas bukanlah wajib diikuti 100% tetapi fleksibel bergantung kepada keperluan kerja/perniagaan anda.
Sekian sahaja tips perniagaan pada hari ini.
Nota Perniagaan :-
1) Individu berstatus jutawan memfokuskan 80 jam seminggu untuk kerja-kerja penting dan produktif.
2) Masa kerja produktif tidak semestinya hanya tumpu kepada bekerja sahaja tetapi boleh diisi dengan menghadiri seminar/worksyop, membaca buku, mesyuarat dan lain-lain.
1 ulasan:
boleh jadi jutawan la pastok :D
Catat Ulasan