Rabu, 29 Oktober 2014

Mesyuarat Agung Tahunan FAS 1 November

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) yang akan diadakan pada 1 November ini bakal menyaksikan perubahan besar dalam barisan kepimpinan persatuan itu.

Salah seorang peminat bola sepak tempatan menjangkakan pemilihan sengit bakal berlaku dengan beberapa kerusi penting dalam FAS akan dicabar pada AGM itu nanti.

Ini berikutan beberapa peraturan baharu telah diperkenalkan pada pemilihan kali ini.

Menurutnya, pada pemilihan 2010 setiap perwakilan di setiap bahagian dibenarkan membuat dua undian namun peraturan tersebut tidak akan dipraktikkan pada pemilihan kali ini.

Seperkara lagi, perwakilan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak dibenarkan membuat sebarang undian pada pemilihan kali ini.

Ia sekali gus membayangkan beberapa kerusi penting akan dicabar dan tidak mustahil beberapa muka baharu diperkenalkan dalam barisan exco persatuan itu.

Begitupun, peminat tegar Ngap Sayot itu tetap menaruh harapan tinggi agar pucuk pimpinan FAS kekal diterajui Presiden Datu Sudarsono Osman dan Timbalannya, Datu Mohammad Abu Bakar Marzuki.

Kedua-dua watak utama FAS itu telah melaksanakan tugas dengan baik.

Sumber : Utusan Borneo - 26/10/2014

Tiada ulasan: