Rabu, 29 Oktober 2014

Sarawak Lepaskan Muamer Salibasic


Teka-teki mengenai nasib penyerang sensasi Sarawak, Muamer Salibasic untuk terus kekal dalam skuad Sarawak musim depan akhirnya terjawab.

Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak bintang kelahiran Bosnia itu berkuatkuasa semalam.

Presiden FAS, Datu Sudarsono Osman menerusi kenyataan medianya semalam memberitahu, keputusan menamatkan kontrak Muamer Salibasic dibuat atas persetujuan bersama.

"Dia (Muamer Salibasic) ditimpa kecederaan lutut yang agak teruk ketika aksi pertama kempen liga musim 2014. Selepas menjalani rawatan pemulihan di Kuching selain di Kuala Lumpur. Keputusan di berikan oleh doktor ternyata mengecewakan apabila terpaksa memerlukan masa yang agak lama untuk pulih," Jelas Sudarsono.

"Justeru, ia memaksa kami (FAS) mengambil keputusan untuk menamatkan kontraknya,: Ujarnya.

Menurut Sudarsono, beliau yang mewakili pihak pengurusan FAS mengucapkan jutaan terima kasih kepada Salibasic atas sumbangan nya sejak menyarung jersi Sarawak pada 2013.

Sudarsono berkata, diharap kecederaan Salibasic akan cepat sembuh bagi memastikannya meneruskan kejayaan sebagai pemain bola sepak Profesional.

Tiada ulasan: