Isnin, 27 Oktober 2014

''Sarawak Junior Ke final"


Sekolah Sukan Tabuan Jaya (SSTJ) yang dibarisi pemain muda tempatan berjaya menewaskan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dengan jaringan 3 - 0 petang semalam di Stadium Mini SMK Tabuan Jaya dalam aksi Liga KPM U17. Terdahulu SSTJ menewaskan SSBJ 1 - 0 di Selangor dalam aksi Semi Final Pertama minggu lepas.

Skuad kendalian Jurulatih tempatan, Ahmad Nurfaizal Patrick Abduulah menampilkan aksi yang cukup cemerlang sepanjang perlawanan. Separuh masa pertama Sarawak mendahului 2 - 0 hasil jaringan Nick Raynolde dan Mohd Hazrie Bin Razali. Sarawak terus beraksi cemerlang di separuh masa kedua dengan melakukan serangan demi serangan, dan Darren Damu menambah kehampaan pasukan pelawat dengan menjaringkan satu goal diakhir minit perlawanan.

Dengan kemenangan 4 - 0 secara aggregate, SSTJ menempah tiket ke final Piala Liga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan akan menentang Terengganu pada 28 Oktober (Rabu) ini.

Kejayaan anak muda tempatan ini ke pentas final Liga KPM U17 menyangkal dakwaan sesetengah piahk yang 'berpengaruh' dalam membangunkan bola sepak tempatan bahawa, Sarawak tidak memilik pemain muda yang berbakat. Dengan perancangan dan perhatian yang serius oleh pihak berwajib, arena bola sepak Sarawak khususnya boleh maju setanding pasukan lain yang kelihatan lebih agresif untuk memiliki gelaran sang juara di Liga Malaysia.

Tiada ulasan: