Khamis, 10 Mac 2011

Politik : Pandangan Aku

Segala puji bagi Allah SWT yang maha mengetahui segala yang tersirat dan tersurat.

Aduhai manusia kerdil ciptaan Ilahi yang menguasai sekalian alam. Bila aku mla berbicara mengenai "politik dalam agama", datang lah pula pujuk rayuan kepada aku ini. Hurrmmmm... Aku hanya mencari redha Allah SWT dan sedang giat berusaha mentaati segala perintah Allah SWT dan cuba dengan sedaya upaya mengamalkan sunnah Rasulullah SAW. Perintah Allah SWT yang paling utama ialah Solat. Solat merupakan anak kunci pintu syurga. Solat itu perintah Allah SWT dan perlu dilaksanakan dengan cara yang telah ditujukkan oleh Nabi SAW. Bagaimana solat Nabi SAW?? Solat berjemaah, dimana azan diazankan, bersama imam takbir-ratul ula dan pakaian sunnah Nabi SAW. 

Aduhai Insan ciptaan Allah SWT. Andai Solat yang merupakan tiang agama itu tidak dijalankan sebagaimana yang sepatutnya, bagaimana mungkin perkara lain dalam kehidupan ini akan betul. Kalau kita merasakan kita telah cukup solat 5 waktu, bagaimana pula dengan dengan qualiti? Seterusnya lihat pula solat-solat sunat. Yang paling penting bagi seorang daie ialah solat tahjud. Apakah telah terlaksana solat tahjudnya setiap hari? Mohon bantuan dan petunjuka dari Allah SWT. JIka semua ini belum terlaksana bagaimana mungkin muamalat dan muasyarat akan betul? Janji sering kali dimungkiri. Berbicara gah bagaikan dia yang berkuasa, tapi dia terlupa bahawa Allah SWT maha berkuasa atas segalanya. Difikirkan dia bisa menukar fikiranku ini? Usah berharap pada diriku, kerana diriku bukanlah sasaran yang betul. Mohon ampun dengan Allah SWT andai aku meguris perasaan siapa-siapa makhluk di dunia ini. Yang penting aku jaga solat 5 waktu, solat-solat sunat. Dengan solat adanya petujuk dan bantuan Allah SWT. Semoga Allah SWT bagi petujuk ke jalan yang betul.

Adapun tiga perkara yang merosakkan iman dan sentiasa menjadi pencabar kepada orang yang beriman. Yang pertama itu Harta. Siapakah dikalangan kita manusia ini tidak inginkan harta, kerna harta itu keperluan untuk kita hidup. Bila ditawarkan harta, siapa yang tak mahu? Orang mengantuk disorong bantal! Aku ambik jer la. Senang hidup aku nanti. AWAS.. Jangan lupa yang bagi kesenangan itu Allah SWT. Tanpa harta Allah SWT boleh bagi kesenangan.

Adapun tiga perkara yang merosakkan iman dan sentiasa menjadi pencabar kepada orang yang beriman. Yang kedua itu Takhta. Siapakah dikalangan manusia dimuka bumi ini tidak inginkan takhta? Kerana takhta (pangkat) itu bisa membuatkan orang-orang lain hormat padaku, agar orang lain muliakan aku, agar aku dipandang tinggi oleh orang sekeliling aku, agar aku dibanga-bangakan! AWAS. Wahai insan yang lemah, Allah SWT yang bagi kehinaan dan kemuliaan.

Adapun tiga perkara yang merosakkan iman dan sentiasa menjadi pencabar kepada orang yang beriman. Yang ketiga itu Wanita. Bila ditayangkan wanita yang catik lagi idaman hati, siapakah yang tidak ingin? Dihadapan aku ada muslimah yang soleh, tudungnya labuh. Waduh.. tak tahan rasa hati.. Aku jatuh cinta! Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Bagi daie sekalian usah gelisah taktala tiada masa untuk mencari kekasih hati, sang kekasih itu akan datang pada dirimu kerana tertawan dengan kesolehan dirimu. (Ini pengalaman aku) hehehe...

AWAS!
Bukan bermaksud jangan cari HARTA, TAKHTA dan WANITA. Itu hanya keperluan. Tidak mati sekiranya kita ini tidak ada semua itu. Jaga dulu 5 waktunya. Amalkan sunnah Nabi SAW dalam solat. Yang paling ringan kita guna dalam solat "kopiah". Itu sunah Nabi SAW. Kalaulah kopiah yang tak sampai 1 kg itu berat sangat bagi kita untuk dipakaikan atas kepala, siapa lah kita disisi Allah SWT. Semoga Allah SWT ampunkan saya dan seluruh umat. 

Tiada ulasan: