Jumaat, 18 Mac 2011

Siapa kita untuk membenci?

Jika kita tidak menyukai seseorang itu, janganlah marah, kerana marah itu bersahabat baik dengan syaitan. 
Jika kita membenci kumpulan itu, janganlah mengutuk mereka dengan fitnah-fitnah yang busuk, kerana fitnah itu perosak iman.
Jika kita tidak setuju dengan satu-satu perkara itu dari mana-mana pihak atau orang perseorangan, janganlah kita menghina mereka dengan satu penghinaan walaupun ianya benar.
Jika kita memarahi seseorang itu, janganlah marah dengan kemarahan dari syaitan itu.

Nabi SAW tidak pernah mencaci atau memarahi sesiapa pun, walaupun musuh Islam yang benar-benar memusuhi Islam. Belajarlah dari akhlak Baginda kekasih Allah. Ketika Baginda pergi ke ta'if untuk menyebarkan Islam di sana, penduduk ta'if menolak agama yang dibawa oleh Baginda, bahkan Baginda di usir dan dihina dengan teruk sekali. Ketika itu Baginda tidak memarahi mereka kerana tidak menerima Islam. Lalu malaikat Jibril datang kepada Baginda untuk menawarkan supaya gunung ganang di sekitar ta'if dilagarkan agar musnahlah penduduk ta'if. Akan tetapi Baginda SAW terlalu sayang dan kasih kepada Umatnya, baginda tetap menaruh harapan. Dan berdoa kepada Allah supaya Allah turunkan hidayat. 

Hari ini, kita mengaku yang kita beriman dengan Kerasulan Baginda Kekasih Allah SWT. Tapi bila mana dakwah kita tidak mendapat sambutan dan dihina dan sebagainya. Kita marah mereka kerana tidak setuju dan tidak menyertai dakwah kita. Siapa kita untuk membenci hamba ciptaan Allah yang maha menguasai alam semesta? 

Begitukah sifat kita sebagai Hamba Allah yang beriman. Beginikah peragai kita, sebagai seorang "Mujahid" yang kita laung-laungkan? Beginikah caranya seorang "Daie" yang kita mengaku kita ini telah buat dakwah? Ya Allah ampunkan aku!

Renung-renungkan dan selamat beramal.

1 ulasan:

Pengemis Iman berkata...

huh... PANAS...!