Jumaat, 23 Mac 2012

Kita Ni Okey Ke?

Kita Ni Okey Ke?



Malas adalah musuh utama manusia untuk bergerak maju. Apabila anda malas, seorang pemalas? Jika ya, pastikan anda buang sifat itu, sebab si pemalas tidak mungkin seorang yang berjaya dalam hidupnya.

Nah, sekarang renung diri anda sendiri. Pernahkah anda bertanya pada diri sendiri, 'Aku ni okey ke?'

Kalau tak pernah tanya, apa kata tanyalah diri anda sekararang; 'Aku ni okey ke pada pandangan mata aku dan pada pandangan mata orang lain?'

Yang penting sekali pada pandangan mata aku, mata sendiri. Pada pandangan orang mungkin kita oley. Siapa bernai kata kita tak okey? Maklumlah orang tak selamanya bersama kita. Kalau di tempat kerja paling lama kita bersama orang lain sekitar 8 - 9 jam. Di rumah pun lebih kurang juga masanya kecuali kita bercuti. Di rumah mungkin kita kelihatan okey. Tapi sebenarnya kita ni okey atau tak okey, kita saja yang tahu.

Pernahkah kita tanya diri kita sendiri dan jawab sendiri? Jawab dengan hati kecil? Ingat, kita ada dua hati; datu hati kecil dan satu lagi hati besar. Yang selalu membohongi kita ialah hati besar kita. Yang cakap besar, perasaan membesar-besarkan diri itu datangnya dari hati besar; yang selalu mengeluh dan menyatakan keadaan kita yang sebenar itu datangnya dari hati kecil.

Bila orang puji kita, kita pun kembang, itu hati besar yang berbangga. Kadang-kadang orang puji kita sebab nak bodek kita saja, sebab itu kadang-kadang kita berfikir; 'Eh, betul ke dia puji aku ni. Ikhlas ke dia tu, sebab aku ni taklah okey sangat seperti yang dikatakannya tu.' Pertanyaan itu datangnya dari hati kecil.

Jadi, mari kita sama-samatanya diri kita sendiri, 'Kita ni okey ke?' dan kita jawab sendiri dengan hati kecil, hati yang jujur dan ikhlas.

Jawapan anda boleh menentukan apakah langkah-langkah anda selanjutnya. Apakah positif atupun negatif. Apakah penuh yakin atau sekadar 'dehem' di halkum. Semuanya anda sendiri menentukan.

"Bermuafakatlah dengan diri anda sendiri sebagaimana anda bermuafakat dengan kawan taktala menentukan arah tujuan."

Mohon direnungkan dan difikirkan.

Tiada ulasan: