Sebahagian pengkaji barat menamakan pencarian Tuhan sebagai
aktiviti otak yang tercipta secara semula jadi. Menreka mengandaikan bahawa ia
adalah got spot dalam siratan neuron manusia maka dengannya manusia tidak puas-puas
mencari kebenaran. Dalam bahasa kita, ia disebut fitnah. Mari kita melihat
kewajarannya.
Kisah 1
Firaun adalah antara manusia yang paling keliru di planet
bumi kerana pernah mendakwa bahawa dia Tuhan! Merasakan dirinya memiliki
kekuasaan, dia sudah layak ditabal sebagai Tuhan Maha Tinggi. Firaun kemudian
melaksanakan keyakinannya itu dalam hidup sehariannya. Hasilnya bukan kebaikan
tetapi kezaliman yang tidak terperi.
Kita tentu tertanya-tanya tentang fitrahnya atau dimana
fungsi god spotnya? Untuk memahami sesuatu drama itu kita perlu menyaksikan
sehingga cerita tamat. Ini yang berlaku dalam mencari kaitan firaun dan
fitrahnya.
Ketika dia berada di dasar Laut Merah, kakinya memijiak
karang sedangkan permukaan laut pula begitu jauh dari kepalanya, dia sedang
berada di dasar laut! Dalam lonjakan dan begitu bergelut untuk bernafas
mendapatkan udara, Firauan baru sedar siapa dirinya. Saat itulah dia berkata,
“Aku beriman dengan Tuhan Musa dan Harun…”
Akhirnya Firauan menemui ajal dengan mati lemas. Dia tumpas
dengan air yang tak sempat dikuasainya! Malang bagi Firaun kerana hanya
menyedari perkara paling penting hanya pada saat-saat terakhirnya dalam
hidupnya. Baru hari itu dia melayan apa yang dibisikan oleh fitrahnya.
Kisah 2
Kisah ini tentang lelaki komunis Melayu pertama. Dia dengan
penuh angkuh mengisytiharkan agar dikumpulkan semua mashaf yang berada di dalam
rumah orang isalam dan diberikan kepadanya. Dia mahu jadikan helaian al-Quran
sebagai kertas pencuci najis! Alangkah angkuh biicara ini. Faham komunis yang
menganggap agama islah candu menguasai pemikirannya lalu membentuk keangkuhan
melampau.
Sekali lagi kita perlu menunggu sehingga penamat untuk
memahami sesuatu drama.
Ketika lelaki ini sedang nazak di pembaringannya,
rakan-rakan yang menziarahinya terkejut bersar kerana apabila mereka mengangkat
tubuh lemah ini, mereka menemui ada senaskah al-Quran di bawah bantal,
betul-betul di bawah kepalanya. Ketika ditanya kepada isterinya, dia hanya
menjawab kerana itu permintaan suaminya.
Hairan, bukan? Tetapi itulah kuasa fitrah yang manusia
sering cuba ingkar.
Dua kisah manusia ekstrem yang menolak Tuahn di atas cukup
bagi kita mendap-at gambaran tentang kedudukan Tuhan dalam diri manusia. Mahu
menerimanya atau tidak, ia adalah fitrah yang ada pada manusia sejak manusia
itu belum dilahirkan lagi. Oleh itu, masakan manusia boleh mengingkarinya.
Oleh itu daripada kita menentang fitrah tetapi akhirnya
terpaksa mengalah adalah lebih baik kita suburkan fitrah kerana daripadanya
kita akan memperoleh kekuatan selaku seorang insane. Rasulullah setiap kali
bangun daripada tidurnya akan membaca ayat Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, perselisihan
antara malam dan siang, ada tanda bagi mereka yang mempunyai mata hati… “
Dengan membandingkan alam sekeliling kemudian merangsang
minda secara fitrah, ia akan membawa kita kepada menyaksiakan kebesaran dan
keagunagn Tuhan. Masakan tidak, apabila kita melihat bumi yang berputar melawan
pusingan jam tanpa hendti dengan kelajuan 3340 km/jam tidakkah kita berfikir
siapakah penguasanya? Pada masa yang samabumi di atas orbit yang kukuh berputar
melawan pusingan jam dengan kelajuan 108, 000 km/jam. Sekali lagi tidakkah kita
terfikir tentang kuasa yang mengurus selia semua ini?
Seorang pelumba Formula One yang memecut kereta lumbanya
pada kelajuan 320 km/jam dan Berjaya menaiki podium sebagai juara, kita member
tepukan berdiri penuh rasa kagum dan hormat.
Alangkah tidak adilnya kita… Dengan sedikit kehebatan
manusia, kita rasa kagum tetapi dengan kemuncak kehebatan Tuhan, kita
membutakan mata.!
Marilah kita buat sesuatu yang sejajar dengan fitrah. Bukan
memeranginya, kita hakikatnya memerangi dalaman diri kita sendiri.
Kita berada di antara dua tempat gelap : Pertama rahim ibu,
kedua kubur. Sinarilah hidup ini dengan kebaikan nescaya kegelapan kedua
dilimpahi cahaya.
1 ulasan:
orang dalam syurga pon akan menyesal dgn sesaat yg berlalu tanpa ingat Allah..
Catat Ulasan