Isnin, 22 April 2013

Tanah Air Yang Dirahmati

Lima puluh lima tahun telah berlalu sejak Merdeka, Malaysia kini boleh berbangga dengan pencapaian kemajuannya. Malaysia telah berubah daripada ekonomi yang berasaskan pertanian kepada yang berasaskan pembuatan dan kini beralih kepada ekonomi berasaskan pengetahuan. Pendekatan "Pertumbuhan yang saksama" telah dapat memastikan hasil pembangunan diagihkan secara adil kepada semua rakyat..

Perpaduan sentaias menjadi matlamat utama pembangunan negara. Kerangka pembangunan telah digubal melalui dua Rancangan Malaya (Persekutuan Tanah Melayu) dan sembilan Rancangan Malaysia. Pada masa ini, Malaysia sedang melaksanakan Rancangan Malaysia ke-10, 2011 - 2015.

Malaysia bermula dengan tahap pembangunan yang rendah. Pada era 1950an dan 1960an, kita bergantung terutamanya kepada perlombongan dan komoditi pertanian untuk memacu ekonomi negara. Sejak itu, kita sedar bahawa untuk mencapai kemajuan lebih pesat, kita perlu beralih kepada perindustrian, dan bermula dengan industri pembuatan ringan. Kita telah membangunkan keupayaan melalui pelaburan dalam infrastruktur termasuk jalan raya, elektrik dan bekalan air. Meningkatkan penjagaan kesihatan dan pembagunan modal insan telah diberi keutamaan.


Pada tahun 1971, Dasar Ekonomi Baru telah diperkenalkan dengan matlamat serampang dua mata, iaitu pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat. Dasar ini telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan dengan amat ketara, iaitu daripada separuh isi rumah rakyat Malaysia berada dalam keadaan kemiskinan pada tahun 1970 kepada kurang lima peratus pada masa kini.

Pembentukan asas perindustrian dan pertanian moden telah dilaksanakan dalam dekad ini. Pelabuaran langsung asing telah merancakan pembagunan perindustrian (Terutamanya industri elektrik dan elektronik), dan FELDA melaksanakan pembangunan tanah. Kedua-dua elemen ini telah menjana peluang ekonomi yang dapat meningkatkan mobiliti sosial. Ases yang lebih luas daripada pendidikan telah disediakan bagi memenuhi pertambahan keperluan modal insan negara serta membasmi kemiskinan.

Pada era 1980an, sumbangan sektor pembuatan kepada keluaran dalam negeri kasar telah mengatasi sektor pertanian. Industri berat telah bermula. Kelapa sawit menjadi komoditi pertanian utama. Sektor swasta menjadi rakan kongsi dalam pembangunan melalui program penswastaan init elah mempercepatkan pembangunan negara.

Pada tahun 1991, Wawasan 2020 telah diperkenalkan sebagai hala tuju Malaysia untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Koridor raya multimedia dan infrastruktur sokongan teknologi komunikasi dan maklumat telah mengalakkan kemunculan ekonomi berasaskan pengetahuan. Sains dan teknologi serta penyelidikan dan pembagunan telah diberi penekanan yang besar untuk memperkukuh sistem inovasi negara. Sektor pendidilan telah diliberalisasikan bagi memenuhi keperluan modal insan yang kian meningkat. Pendekatan unik yang dilaksanakan oleh Malaysia dalam menagani krisis kewangan Asia 1998 telah mengukuhkan lagi sektor kewangan dan membolehkan Malaysia mengharungi cabaran pada masa hadapan dnegan lebih yakin

Cabaran dan peluang pada masa hadapan adalah berbeza. Untuk menjadi Negara berpendapatan tinggi yang merangkumi aspek keterangkuman dan kemampanan, pembangunan perlu dipacu oleh produktiviti dan inovasi. Modal insane yang berkemahiran dan berpengetahuan akan menjadi pengerak utama pertumbuhan. Pembangunan yang dilaksanakan mestilah bersifat mesra rakyat, iaitu menumpukan kepada meningkatkan pendapatan per kapita dan kemakmuran rakyat. Kebahagiaan rakyat menjadi matlamat paling utama pembagunan Negara

Tiada ulasan: