Jumaat, 31 Oktober 2014

GANJARAN LUMAYAN MENANTI SKUAD PAHANG

Ganjaran lumayan malah lebih tinggi berbanding musim lalu menanti pasukan Pahang jika berjaya mengalahkan Johor DT di pentas final Piala Malaysia untuk sekali lagi menjulang trofi kejuaraan, musim ini.
Pentas final Piala Malaysia 2014 akan menentukan pasukan manakah yang layak diangkat sebagai juara sebenar.

Pahang mahupun JDT, kedua-dua pasukan akan berentap dengan reputasi hebat selaku juara Piala FA dan Liga Super musim ini.

Maka, tidak hairanlah ganjaran istimewa menanti skuad Tok Gajah yang sememangnya mahukan kejuaraan Piala Malaysia dipertahankan.

Difahamkan, setiap pemain Tok Gajah menerima imbuhan RM30,000 daripada kerajaan negeri ketika muncul juara edisi tahun lalu.

Walaupun jumlahnya mungkin berganda, pemain Pahang tidak memikirkan soal imbuhan sebaliknya fokus untuk misi penting di Bukit Jalil.

Sementara itu, ada juga dilihat penyokong fanatik Pahang sanggup membotakkan kepala sebagai tanda sokongan kepada skuad Tok Gajah yang akan beraksi di pentas final Piala Malaysia menentang JDT, Sabtu ini.

Inisiatif ini dilakukan salun rambut style cut yang terletak di kompleks teruntum Kuantan. Dilaporkan tiada bayaran dikenakan, namun promosi ini hanya terhad kepada 100 orang sahaja.

Mereka berharap skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan beroleh kejayaan pada final nanti.

stadiumastro.com

Tiada ulasan: