Isnin, 15 Mac 2010

Kebesaran Allah SWT

Allah SWT maha berkuasa, dan Makhluk ciptaan Allah SWT langsung tidak berkuasa. Makhluk tidak boleh bagi manfaat dan mudarat. Mudarat dan manfaat semunya datang dari Allah SWT. Yakinlah tuan-tuan, bahawasanya Allah SWT meletakkan kejayaan manusia hanya dalam agama, sejuah mana kita taat perintah Allah SWT, Ikut sunnah Nabi Muhammad SAW. Allah SWT telah menciptakan 7 petala langit dan 7 petala bumi. Dan apa yang terkandung dalamnya adalah atas ciptaan, penguasaan dan penglihatan Allah SWT. Setiap apa yang berlaku di dunia ini adalah atas kehendak dan izin Allah SWT. 

Agama Islam datang dan bangkit dengan pengorbanan dan mujahadah dan susah payah. Agama tidak datang dengan kesenangan, kemewahan dan kebahagian. Dan hari ini seluruh manusi seluruh alam telah meninggalakan amalan-amalan agama kerana adanya kemewahan, kesenangan dan kebahagian dunia yang sementara. Sedangkan dunia hanya sementara, akhirat kekal untuk selama-lamanya. 

IMAN seluruh manusia hari ini adalah iman suasana. Iman kita bergantung kepada suasana, maka perlunya kita wujudkan suasana iman dimana sahaja kita berada. Caranya macam mana? Ikut sunnah Nabi SAW. Yakinlah dalam setiap sunnah Nabi SAW bawa kejayaan dunia dan akhirat.

Rakaman setelit semasa Tsunami berlaku di Aceh, 2004
Suhanallah ......
Allah hu Akhbar.....
Mekkah Mukarammah bercahaya dari langit

Tiada ulasan: