Selasa, 9 Mac 2010

Muat turun muzik tanpa had

KEGILAAN individu terhadap muzik menjadikan permintaan terhadap perkhidmatan itu semakin meningkat di seluruh dunia.Bermula dengan medium piring hitam, diikuti kaset dan cakera padat, capaian muzik kini lebih mudah menerusi cmuat turun daripada komputer atau pelbagai peranti mudah alih lain.
Penggunaan meluas teknik moden itu telah menyumbang kepada peningkatan akses muzik digital di Malaysia sebanyak 30 peratus pada tahun 2009.

Melihat kepada potensi industri muzik negara, tidak mustahil angka tersebut akan terus mengalami peningkatan pada tahun-tahun mendatang.Justeru, sebagai menyokong revolusi itu, syarikat peneraju global bagi penyelesaian komunikasi, Nokia baru-baru ini telah memperkenalkan perkhidmatan Nokia Comes With Music.Ia merupakan khidmat memuat turun pertama di Malaysia yang menawarkan berjuta-juta pilihan lagu daripada katalog album artis tempatan dan antarabangsa.Menerusinya, pengguna berpeluang meneroka dan menikmati pengalaman muzik digital secara menyeluruh.

Menurut Pengurus Besar Nokia Singapura, Malaysia dan Brunei, Vlasta Berka, pihaknya yakin perkhidmatan tersebut mampu mengubah cara pengguna menikmati muzik.''Capaian perkhidmatan menerusi aplikasi Ovi Music ini mempunyai kelebihan seperti lagu yang telah dimuat turun boleh disimpan sampai bila-bila, dikongsi bersama teman dan juga berkualiti tinggi,'' katanya.Beliau berkata demikian pada pelancaran perkhidmatan tersebut di Bukit Kiara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Apa yang menarik, rangkaian lagu-lagu disediakan menerusi katalog muzik daripada empat syarikat global terkenal seperti Sony Music, EMI Group, Warner Music Group dan Universal.Selain itu, terdapat lebih daripada 70 syarikat tempatan yang terlibat secara langsung dalam perkhidmatan ini.Untuk tujuan itu juga, Nokia telah menjalankan kerjasama dengan beberapa pihak dalam industri muzik bagi tujuan membantu artis tempatan mengembangkan karier secara lebih agresif.Pengguna boleh memilih sama ada memuat turun album penuh atau lagu yang digemari menggunakan komputer serta peranti telefon bimbit Nokia yang didatangkan bersama aplikasi Comes With Music.

Prosesnya sangat mudah. Pengguna hanya perlu menjalankan fungsi tarik dan letak atau drag and drop fail yang telah dipilih terus kepada peranti. Setakat ini, terdapat tiga model telefon bimbit Nokia dilengkapi kemudahan berkenaan iaitu Nokia N97 Mini, Nokia 5230 dan terbaru Nokia X6 32GB.Dengan setiap pembelian model-model itu, pengguna berpeluang menikmati perkhidmatan muat turun muzik tanpa had selama 12 bulan.Maklumat lanjut perkhidmatan berkenaan boleh diperolehi menerusi laman web www.nokia.com.comeswithmusic.

Tiada ulasan: