Selasa, 30 Mac 2010

Pengorbanan Datangkan Hidayat

Agama perlukan pengorbanan harta, diri dan masa. Agama bangkit dengan pengorbanan, susah payah dan mujahadah Nabi Muhammad SAW dan Sahabat r.huma. Bilal r.hu belajar hakikat iman di tengah padang pasir yang panas, batu atas perut dan dicemeti siang dan malam. Hari ini agama perlukan pengorbanan dari setiap orang. Hari ini, semua manusia inginkan kesenangan, kemewahan, kebahagiaan sedangkan perintah Allah SWT dan sunnah Nabi Muhammad SAW ditinggalkan. Hari ini semua manusia inginkan kejayaan yang sangat-sangat sementara. Sedangkan itulah kebinasaan. Disangkakan dia berpangkat, sudah berjaya. Disangkakan banyak harta, sudah berjaya. Sedangkan Allah SWT meletakkan kejayaan manusia hanya dalam agama. Taat perintah Allah SWT, Ikut sunnah Nabi Muhammas SAW. Bukan maksud saya, tak boleh nak berpangkat, tak boleh nak berharta. Kalau kita ada pangkat, harta dan segala jenis kesenangan yang kita rasa "kejayaan", maka gunakanlah kesenangan itu untuk agama Allah SWT.

Alangkah indahnya kehidupan jikalau orang yang kesenangan harta, diri dan masa boleh taat perintah Allah SWT. Dalam apa juga keadaan sekali pun kalau seseorang itu taat perintah Allah SWT, maka dia adalah seorang yang berjaya disisi Allah SWT.

Orang yang miskin, kalau dia taat perintah Allah SWT, Ikut sunnah Nabi SAW dalam kehidupannya maka di adalah seorang yang berjaya di sisi Allah SWT, walaupun dia tidak mempunyai sebarang harta.

Orang yang kaya, kalau dia taat peintah Allah SWT, Ikut sunnah Nabi SAW dalam kehidupannya maka dia adalah seorang yang berjaya di sisi Allah SWT, walaupun dia mempunyai segala kekayaan dunia ini.

Seorang petani, peniaga, cikgu, pegawai, perdana menteri dan seluruh umat dalam pelbagai keadaan sekali pun, kalau dia taat peintah Allah SWT, Ikut sunnah Nabi SAW dalam kehidupannya maka dia adalah seorang yang berjaya di sisi Allah SWT.

Allah SWT tak pandang pangkat, darjat, harta, kekayaan, kemewahan, kesenangan yang ada pada seseorang itu, yang Allah SWT nak tengok ialah bagaimana keadaan iman dan amal seseorang itu.

Masalah umat seluruh alam hari nie bukannya masalah orang buang bayi hidup-hidup, bukan masalah orang minum arak, bukan lah masalah GRO sana-sini, bukan lah masalah bunuh sana-sini. Masalah utama umat hari ini adalah masalah IMAN selagi iman yakin umat hari ini tidak di perbetulkan maka selagi itu lah masalah demi masalah akan datang pada umat ini. Cara nya bagaimana? Ikut cara bagaimana Nabi SAW ubah keadaan Arab Jahiliah dahulu kala. Uamt yang mana keadaannya lebih kurang dengan keadaan umat hari ini. Zaman Arab Jahiliah pun, orang tanam anak perempuan hidup-hidup. Hari ini lagi teruk, bukan anak perempuan sahaja yang di buang hidup-hidup, lelaki-perempuan di buang hidup-hidup tanpa belas kesihan. Zaman Arab Jahiliah, minum arak siang dan malam. Hari ini lagi teruk, orang islam sendiri pun minum arak siang dan malam. Dan banyak lagi kejahilan umat hari ini yang sama, malah lebih teruk dari kejahilan Arab Jahiliah. Nabi SAW telah datang tarbiah keadaan manusia yang tidak taat perintah Allah SWT, maksiat sana-sini, sembah berhala. Dan Nabi SAW telah usaha ke atas iman yakin para sahabat. Siang, malam, pagi, petang Nabi SAW telah jumpa umat. Lorong ke lorong, pintu ke pintu, ajak manusia kepada perkara yang hak. Dari yakin pada makhluk, bawa yakin manusia kepada Allah SWT.

Hari ini, kita kena buat perkara yang sama, lorong ke lorong, rumah ke rumah, pintu ke pintu cakap tentang kebesaran Allah SWT. Allah SWT Khalik, Malik dan Razik.

Maka dalam keadaan umat jauh dari agama ini, pengorbanan dari setiap tuan-tuan yang ada kalimah tayyibah sangat-sangat diperlukan.

Tiada ulasan: