Khamis, 11 Mac 2010

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran


Kepada semua pencari kerja seluruh dunia, SPP menawarkan peluang pekerjaan kepada anda. Permohonan adalah dibuka kepada seluruh warga negara Malaysia yang mempunyai kelayakkan yang telah di tetapkan. Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari sesawang http://www.spp.gov.my.

Antara jawatan yang di tawarkan ialah :
1. Pegawai Khidmat Pelanggan N17
2. Pembantu Tabir (Kewangan) N17
3. Pembantu Tabir (Perkeranian/Operasi) N17
4. Penyelia Asrama N17
5. Pembantu Pengurusan Murid N17
6. Pembantu Makmal N17
7. Tukang K2
8. Tukang K3

Syarat Kelayakan :
1. Pengawai Khidmat Pelanggan N17
(a) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. dan
(b) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan dalam Bahasa Inggeris dan mengendalikan komputer).

2. Pembantu Tadbir (Kewangan)
(a) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; atau
(ii) SPM serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred W17 : P1T2); atau
(iii) SPM serta Sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred W17 : P1T5); atau
(iv) Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred W17 : P1T9);
dan 
(b) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(b) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer/atau mengambil trengkas).

4. Penyelia Asrama N17
(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau pegawai-pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Jururawat atau Perkhidmatan Pendidikan yang telah disahkan dalam perkhidmatan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17 : P1T6).

5. Pembantu Pengurusan Murid N17 / Pembantu Makmal N17
(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek Sains pada peringkat peperiksaan tersebut; dan
(b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

6. Tukang K2 R11
(a) Tamat Tingkatan 3 sekolah menengah rendah bantuan penuh kerajaan; atau
(b) Pekerja-pekerja dalam perkhidmatan Pekerja Rendah Awam, Pekerja Rendah Awam Khas, Pemandu Kenderaan Bermotor, Operator Loji dan Pemandu/Operator Jentera Pemunggah yang telah disahkan dalam perkhidmatan;
(c) Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(d) lulus Ujian Kemahiran dalam bidang ketukangan yang berkenaan (sama ada yang mempunyai atau tidak mempunyai piawaian MLVK) yang dijalankan atau diperaku oleh ketua perkhidmatan sebagai setaraf dengan Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2;
dan 
(e) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dengan memuaskan.

7. Tukang K3 R9
(a) Tamat Tingkatan 3 sekolah menengah rendah bantuan penuh kerajaan; atau
(b) Pekerja-pekerja dalam perkhidmatan Pekerja Rendah Awam, Pekerja Rendah Awam Khas, Pemandu Kenderaan Bermotor, Operator Loji dan Pemandu/Operator Jentera Pemunggah yang telah disahkan dalam perkhidmatan;
(c) Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/ Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(d) lulus Ujian Kemahiran dalam bidang ketukangan yang berkenaan (sama ada yang mempunyai atau tidak mempunyai piawaian MLVK) yang dijalankan atau diperaku oleh ketua perkhidmatan sebagai setaraf dengan Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2;
(Gaji permulaan ialah pada Gred R9 : P1T2) ;
dan 
(c) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dengan memuaskan.

Tiada ulasan: