Ahad, 26 Mei 2013

Tips Gembira Sepanjang Hari

Kesegaran dan minda positif mampu menambahkan semangat bagi melakukan tugasan seharian dalam kehidupan. Minda Sihat, Otak Cergas!

Perkara terbaik yang boleh dilakukan selepas membuka mata di pagi hari adalah:

Bersyukur

Bersyukur kerana anda masih diberi nafas pagi ini bagi melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan Allah. Bersyukur juga kerana anda masih diberi kesempatan untuki melakukan dan menjadi yang terbaik; pastinya lebih baik daripada yang semalam. 

Sebaik-baiknya bacalah surah yassin diawal pagi setiap hari dan lakukanlah solat sunat duha. Mudah-mudahan ada keberkatan.

Jangan lupa untuk membaca doa bangun tidur ;


Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.

Tekad Bermotivasi

Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Hal ini kerana ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari. 

Senaraikan tugasan-tugasan yang harus diselesaikan sebelum membuka PC di pejabat, agar urusan teratur dan bersistematik pada hari berkenaan.

Tingkatkan Motivasi Diri Dengan Mencari Motivasi Terbaik

Motivasi harus dijaga. Sekiranya ia tidak dipelihara, ia akan menjadikan kita tidak bersemangat. Perbanyakkan bergaul dengan orang-orang berjaya, dan dapatkan tips menarik daripada mereka. Awal-awal pagi sebelum ke pejabat adalah elok sekiranya buka TV dulu, tengok 'Motivasi Pagi' di TV3, banyak tips menarik dapat diperolehi. 

Mulakan Dengan Bismillah

Mulakan setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was, dan akhiri dengan ucapan Alhamdulillah, tanda syukur kepada Allah kerana memudahkan segala urusan.

Mulakan hari dengan ubah sikap. Tetapkan apa yang mahu dicapai.

Jadikanlah hari ini lebih baik daripada hari semalam. Orang yang berjaya akan sentiasa mempertingkatkan prestasi diri hari demi hari lantas potensi diri dapat dipertingkatkan.

Maafkan Semua Orang

Sebelum dan selepas bangun daripada tidur, maafkan insan di sekeliling kita. Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila kita memaafkan insan lain. Inilah sifat mulia Rasulullah SAW.

Tiada ulasan: