Jumaat, 24 Mei 2013

Bobby Gonzales (Sarawak FA)


Bobby Gonzales (lahir pada 15 Januari, 1984) merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang berasal dari Sabah. Terkini, beliau bermain untuk pasukan Sarawak dalam Liga Perdana Malaysia. Dia pernah mewakili Malaysia pada kejohanan Sekolah-Sekolah Asia pada tahun 2001.

Bobby memulakan kerjaya bola sepaknya bersama Sabah. Dia membuat penampilan sulung dalam perlawanan menentang Terengganu pada 2003. Dia juga bermain pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2003.

Pada musim 2007/08, Bobby muncul selaku penjaring terbanyak Sabah bersama-sama dengan André Scotti Ossemer dengan 13 gol.

Pada musim 2009, Bobby berhijrah ke Brunei dan menyertai DPMM Brunei.Tetapi DPMM terpaksa menarik diri dari saingan liga. Dia kemudian ditawarkan kontrak oleh KL PLUS. Dia membuat penampilan sulung bersama KL PLUS dalam perlawanan menentang Terengganu dan menjaringkan gol pertamanya buat KL PLUS dalam jarak 25 meter.Namun akibat kecederaan, Bobby terpaksa berehat panjang dan hanya kembali semasa kejohanan Piala Malaysia 2009.

Setelah kontraknya tamat dengan KL Plus, Bobby kembali bermain untuk Sabah dalam Liga Perdana Malaysia 2010. Dia digugurkan dari skuad Sabah setelah liga tamat. Dia menyertai Sarawak untuk Liga Perdana Malaysia 2011 dan kembali bersama Sabah untuk Liga Perdana pada tahun 2012. Sekarang dia menyertai Sarawak FA dalam Liga Perdana dan beraksi cemerlang. Jika anda tahu, berapakah gol yang dihasilkan oleh Bobby Gonzales bersama Sarawak FA?


Tiada ulasan: